Friday 24 February 2012

Adnan Sempit 2




Adnan sempit 2 ni adalah kesinambungan daripada adnan sempit yang terdahulu.
orang kata cerita ni lebih kelakar daripada yang sebelumnya. hrmmm... teringin nak p menonton, cerita pun dah ditayangkan di pawagam. tapi aku ni masih tak berkesempatan nak pergi.

ni sdikit review dari cerita adnan sempit 2.

" Filem ini sebenarnya kesinambungan kepada filem terdahulu, Adnan sempit 1 yang mengisahkan Adnan(Shaheizy sam) cuba memikat hati ibu bapa Nadia (Intan Ladyana) iaitu Dato Isnin. Dato Isnin mencabar agar Adnan mengubah dirinya sendiri dari mat rempit kepada manusia yang mempunyai cita - cita yang tinggi. Antara cabaran yang diberikan Dato Isnin kepada Adnan Sempit ialah supaya anak muda tersebut fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris dan mengubah penampilan dirinya menjadi seorang ahli korporat dalam masa 30 hari. Adnan telah meminta rakan baiknya iaitu Bobby yang telah berkerja sebagai perunding imej. Bobby bersetuju menolongnya dan telah memberikan pelbagai 'idea bernas' yang pasti akan mencuit hati penonton."

haaa... macam best je kan.. mesti part2 yang Adnan nak belajar bahasa Inggeris tu lawak. buat masa sekarang ni aku xboleh nak komen sebab tak tengok lagi. tapi instict aku cakap, filem ni the best lah.

No comments:

Post a Comment