Friday 13 January 2012

cinta

cinta???

entah aku pon xtaw nk definisikan cinta tu mcm mne... sbnrnya ia sesuatu yg abstrak, xnmpk, xdpt sentuh tp yg pasti boleh dirasai.

tnyalah pada semua org siapa x mahu dirinya dicintai, disayangi, smua org nk kan??
tp biarlah perasaan cinta itu dtg tulus dr jiwa seseorg itu tnpa paksaan. jgn cinta brlandaskan nafsu yang akhirnya mmbuatkan syaitan bertepuk gembira kerana berjaya menggoda kaum adam dan hawa yang sememangnya musuh sejak azali lagi.

tp sebenarnya cinta banyak merosakkan manusia sekiranya tidak meletakkan cinta kepada Allah di hierarki yang paling atas. cuba lihat didunia sekarang, manusia sanggup berbuat apa sahaja demi cinta. sanggup membunuh kerana kecewa dirinya ditinggalkan sang kekasih.

juga ada yang membiarkan hatinya terseksa, tidak menerima cinta lain selepas kecewa dengan cintanya sblum ini.

disini kita nampak cinta itu kejam, kerana menyebabkan kita merana. bagi mereka yang tidak pernah kenal erti cinta mungkin mereka melihat cinta itu sesuatu yang sangat menarik. memang ianya menarik sekiranya mereka dapat menghargai cinta itu sendiri.


tapi pada aku yang sudah merasa peritnya bercinta, kalau boleh biarlah aku tidak ditemukan dengan cinta yang salah lagi. bukan menutup pintu hati untuk menerima cinta, tapi mengelak daripada terluka lagi. betapa sakitnya bila hati kita dilukai.. tiada penawar, tiada ubat yang boleh dibeli di farmasi untuk merawat luka kerana cinta.


sebagai hamba Allah, setiap kali sujud menyembahnya, aku selalu berdoa, jauhilah aku dari jatuh cinta dengan mereka yang bukan jodoh aku. tetapi sekiranya dia jodoh aku, maka kau tetapkanlah hati aku padanya..

semoga kita sama-sama mendapat cinta yang sebenarnya milik kita. aminn...







No comments:

Post a Comment